" Dan carilah pada apa yang di anugerahkan kepadamu ( kebahagian ) akhirat dan janganlah kamu melupakan dari nikmat dunia (berbuat baik dengan orang lain ) seperti Allah telah membuat baik keatas kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi "sesungguhnya Allah tidak suka orang - orang yang membuat kerosakan"
Semangat Perjuangan
Jumaat, 21 November 2008
ZikRuLlaH
Zikrullah ada dua maksud dalam bahasa Arab.
Pertama: ingatan kita kepada Allah s.w.t.. Maknanya, kita mengingati Allah s.w.t.. Makna ini yang sering digunakan oleh kebanyakan orang bila menyebut perkataan zikrullah.
Kedua: Ingatan Allah s.w.t. kepada kita. Maknanya, Allah s.w.t. yang mengingati kita. Inilah maksud zikrullah dalam ayat "Ala bi zikriLlah tat'ma'innu Al-Qulub" (maksudnya: ketahuilah bahawa dengan zikruLlah, hati-hati akan mejadi tenang). Demikianlah menurut Al-Imam Al-Ghazali r.a. dalam minhajul arifin.
Zikrullah dgn maksud pertama (ingatan kita kepada Allah s.w.t.) ialah suatu proses untuk mencapai zikrullah dgn maksud kedua (ingatan Allah s.w.t. kepada kita) dalam perjalanan sair ila Allah (perjalanan menuju Allah). Hal ini seperti firmanNya: "Ingatilah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu". Inilah manfaat asas bagi zikrullah (kita ingat Allah s.w.t.) iaitu kita akan diingati Allah s.w.t..
Al-Imam Ibn 'Atho'illah As-Sakandari dalam hikamnya menyebutkan, zikirlah walaupun tanpa kehadiran hati. Ini kerana, zikir tanpa kehadiran hati itu lebih baik daripada meninggalkan zikir sama sekali. Ini kerana, boleh jadi, dari zikir tanpa kehadiran hati, Allah s.w.t. memindahkan kamu kepada zikir dengan hati yang jaga, seterusnya dengan hati yang hadir dan begitulah seterusnya (sehingga syuhud, fana dll)."
Faedah: Ini menunjukkan kepada kita bahawasanya, dgn zikir tanpa kehadiran hati juga membawa kepada ingatan Allah s.w.t. kepada kita kerana kalau Allah s.w.t. tidak mengingati kita yang berzikir tanpa kehadiran hati, nescaya Dia tidak akan memindahkan kita dari hal zikir tanpa kehadiran hati, kepada hal zikir dengan kehadiran hati.
Berpindahnya hal kita dari kelalaian hati kepada kehadiran hati dalam berzikir membuktikan bahawasanya Allah s.w.t. memang mengingati kita sewaktu kita berzikir tanpa kehadiran hati lagi. Ini menunjukkan sifat Maha Pemurah Allah s.w.t. kepada para hambaNya.
Seterusnya, zikir yang disertakan dengan kehadiran hati akan membawa kepada fana' daripada diri sendiri seterusnya menyaksikan keagungan Allah s.w.t. dengan mata hati, lalu timbullah rasa kegerunan terhadap haibah (kebesaran) Allah s.w.t.. Rasa takut kepada Allah s.w.t. ini akhirnya membawa kepada jannatain (dua syurga) seperti dalam firmanNya: "bagi orang yang takut kepadaKu akan mendapat dua syurga".
Para ulama' sufi menafsirkan maksud dua syurga tersebut adalah syurga ma'arif (makrifat/mengenal Allah s.w.t.) dan syurga zakhorif (syurga di Akhirat kelak). Adapun jannatul ma'arif (syurga makrifat) adalah antara manfaat yang paling agung buat para hamba Allah s.w.t., kerana dengan makrifat tersebut, seseorang mengenaliNya dan seterusnya memperbaiki kehambaan dirinya kepadaNya dengan menjaga adab di hadrahNya sesuai dengan makrifatnya tentang Allah s.w.t..
Manfaat yang paling berharga buat seseorang hamba Allah s.w.t. di dunia (apatah lagi di akhirat) adalah mencintai Allah s.w.t. dan menyempurnakan kehambaan diri kepadaNya, yang mana kedua-duanya tidak akan tercapai melainkan dengan makrifatuLlah.
Seseorang yang mencapai makrifatullah akan kembali kepada hakikat asal, dengan syuhud tawajjuh qadim lalu natijah daripada itu, dia saksikan bahawasanya, selama ini Allah s.w.t.-lah yang sememangnya mengingatinya sejak azali, dan kerana itulah berlakunya asbab-asbab yang membawanya kepada mengingati Allah s.w.t. dan seterusnya mengenaliNya. Kalau bukan kerana kecintaan Allah s.w.t. kepadanya sejak azali, kalau bukan kerana ingatan Allah s.w.t. kepadanya sejak azali (hadrah ilmu Allah), mana mungkin dia mengingati Allah s.w.t..
Wallahu a'lam…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan