Assallammualaikum wbt
Terpanggil saya untuk mengulas tentang isu surau di sebuah resort dijohor yang digunakan untuk upacara agama lain. Yang minimbulkan suasana panas di negara malaysia. Dengan pengulasan dan tindakan yang diberikan oleh pemimpin dan wakil rakyat yang bertindak terburu buru dengan menutup ruang untuk bermuzakarah atau bertukar tukar pandangan untuk membuat keputusan yang adil
Membuat keputusan secara sepontan boleh menimbulkan keadaan menjadi tidak terkawal. Pemikiran yang terbatas memerlukan bantuan daripada al quran dan al sunnah untuk membantu memberikan pencerarahan. Sekiranya kita hanya berpaksi kepada akal semata mata kita telah menidakan peranan wahyu, hadiths dan pandangan ulama2.
Pertamanya mengenai isu bangun yang tidak menghadap kiblat
Perlu difahami bahawa sesorang yang hendak menunaikan solatperlu menghadap kiblat.@ mencari seberapa baik mungkin untuk menghadap kiblat. Bukannya bangunan yang menjadi faktor utama . Manusialah yang perlu menghadap kiblat.
Kedua. Merobohkan sebuah bangunan yang telah tersergram indah kerana bangunan tersebut tidak menghadap kiblat atau didalam bangunan tersebut telah dilakukan upacara agama lain bukan alasan yang kukuh untuk bertidak demikian. Sejarah telah membuktikan bahawa ada juga gereja yang dijadikan masjid setelah Islam menguasai contohnya di span dan banyak lgi negera luar ketika Islam menguasai tempat2 peribadatan agama lain dijadikan sebagai tempat peribadatan umat Islam. Persoalaannya kenapa?
Ketiga .. Mungkin pemilik itu jahil tentang agama. Dan perlu dinasihatkan dan sekiranya pemilik tersebut bersetuju dengan syarat menjaga kesucian agama dan tempat ibadah maka tidak perlu dirobohkan.
Keempat sekiranya pemilik didapati gagal melaksanakan setelah didapati hasil dari pemantaun penguasa maka bolehlah disabitkan kesalahan kerana tidak menjaga kesucian tempat peribadatan agama Islam yang termaktub dalam per 2 (1) sebagai agama rasmi negara malaysia.
Kelima setiap surau yang digunakan untuk awam perlulah mendapatkan kebenaran daripada pejabat agama daerah agar dapat dipantau agar tidak berulang kembali kesilapan tersebut.
Keenam bermuzakarahlah diantara ilmuan dengan tidak terus menutup ruang ilmu yang mana kita sebagai rakyat malaysia memahami bahawa urusan agama di bawah pentadbiran raja negeri masing masing. Tetapi ruang bertukar pandangan tidak menjadi kesalahan bagi mendapatkan keputusan yang lebih Baik .Inilah yang dilaksanakan oleh Islam.. Memberika keadilan kepada semua pihak.
Sebagaimana firman Allah dalam surah An. nahl yang maksudnya " serulahlah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara hikmah dan bijaksana. Berhujahlah kamu dengan cara yang lebih baik"
Sebagai rumusan kepada keterbatasan artikel ini degna menulis melalui i phone penulis memohon maaf kerana tidak meletakan dalil nakli dan akli. InsyaAllah dikesempatan maaa yang lain penulis akan menyertakan dalil2 yang kukuh bagaimana Islam membuat sesautu keputusan sehingga ia adalah hukuman yang adil bagi semua pihak. Penulis memohon maaf ia adalah bersifat pandangan peribadi dan tidak berhasrat untuk mwnyinggung mana mana pihak.