Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Selasa, 25 Oktober 2011

Ibadah Korban

Hari Raya Aidiladha adalah salah satu hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Dalil disyariatkan Aidiladha adalah sebagaimana dikhabarkan oleh Anas bin Malik r.a, dia berkata, Nabi s.a.w. pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah, maka baginda bersabda, Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri. (Riwayat al-Nasa’i, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959).

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu rukun Islam iaitu ibadat Haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana di antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri dalam rangka beribadat kepada Allah s.w.t.

Ibadat korban ini adalah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. kerana taatkan perintah Allah. Namun begitu berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini kepada kehendak Allah maka ketika Nabi Ibrahim ingin menyembelih anaknya itu, Allah gantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Saaffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini maka saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha, maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.


KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAT KORBAN

Ibadat korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya. Ini sebagaimana ditekankan oleh Allah melalui firman-Nya: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (al-Hajj: 36-37)

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadat korban seperti berikut:

1) Ibadat korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Ia mempereratkan hubungan kasih sayang di antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dan dengan golongan yang bernasib baik yang dianugerahkan oleh Allah dengan kekayaan dan kelapangan hidup melalui pengagihan daging-daging korban tersebut.

2) Ibadat korban juga berupaya membentuk insan yang bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah.

3) Ibadat korban juga dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit dibelanjakan hanya demi untuk mendapat keredaan Allah s.w.t.

4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada Allah kerana menurut perintahnya.

5) Ibadat korban merupakan amalan yang mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadat tersebut bakal menerima khabar gembira daripada Allah iaitu balasan serta ganjaran yang baik daripada-Nya.

HUKUM IBADAT KORBAN

Tentang hukum melaksanakan ibadat korban maka para ulama berbeza pendapat yang dapat kita bahagikan kepada dua:-

1) Wajib bagi yang mampu. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi'ah al-Ra'yi, al-Auza'i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan pendapat ini dirajihkan (dibenarkan) oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah.

Dalil-dalil yang dipakai oleh mereka yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:- Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al-Kauthar: 2).

Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadat korban sebagaimana solat kerana kedua ibadat tersebut dihubungkan dengan huruf wau (dan) yang menunjukkan kesamaan hukum.

Daripada Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali, dia berkata: Nabi s.a.w. solat pada hari Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang ) korbannya dan bersabda: Barang siapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya Aidiladha), maka sembelihlah yang lain sebagai penggantinya. Dan barang siapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama Allah. (Riwayat Bukhari di dalamShahih al-Bukhari, hadis no: 985).

Perintah Rasulullah s.a.w. untuk mengulangi ibadat korban jika ia dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ia wajib. Jika tidak wajib pasti baginda tidak akan mengarahkan agar ia diulang semula.

*Wajib

Dari Mikhnaf bin Sulaim, dia berkata: Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah, lalu berkata: Wahai manusia. Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahunnya (mengerjakan ibadat) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu? Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab). (Riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, hadis no. 1438).

Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadat korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walaubagaimanapun hukum untuk ‘atirah telah dimansuhkan namun ia tidak mengharuskan pemansuhan ibadat korban dan hukumnya yang wajib masih terus sah sampai sekarang.

2) Sunat atau sunat muakkad bagi yang mampu. Pendapat ini pula merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulama dan pendapat Imam al-Syafie r.h. Golongan ini pula berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:-

Daripada Ummu Salamah, dia berkata: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika masuk 10 hari pertama Zulhijjah dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih (haiwan) korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. (Riwayat Muslim di dalam Shahih Muslim, Kitab al-Adhohi, hadis no: 1977).

Ini adalah dalil bahawa ibadat korban itu tidak wajib dengan dasar sabda Nabi dan salah seorang dari kalian ingin yang menggambarkan baginda menyerahkan kepada kehendak seseorang.

Seandainya ibadat korban itu wajib pasti baginda tidak akan menyerahkannya kepada kehendak seseorang dengan bersabda: “Maka janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”

Daripada Jabir, dia berkata: Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w. solat Aidiladha di musholla (tanah lapang). Ketika selesai khutbahnya, baginda turun dari mimbarnya, lalu dibawakan seekor kambing dan Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri dan berkata: Bismillah wa Allahu Akbar hadza ‘anni wa ‘amman lam yudhahi min ummati (Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar, ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih). (Riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 2427).

Sabda Rasulullah s.a.w: Ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih disampaikan secara mutlak tanpa perincian merupakan dalil tidak wajibnya ibadat korban. Sekiranya ia wajib tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadat tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada mereka.

Kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah sabit daripada baginda s.a.w. dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini.

Apa pun jua hendaklah kita mengikuti saranan Syaikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti agar sentiasa mengerjakan ibadat korban ini apabila mampu bukan sahaja kerana menyahut seruan baginda s.a.w. agar, “Tinggalkanlah yang ragu kepada yang tidak ragu”.

Sebaliknya, ia membuktikan kepatuhan kita kepada perintah Allah s.w.t serta kesungguhan kita untuk menghidupkan sunah Nabi s.a.w.

Jumaat, 21 Oktober 2011

konvensyen pegawai kader ( jakim zon selatan): sejauh mana memberi implikasi positif

assalammualaikum wbt

alhamdulilah, sama kita bersyukur kehadrat Alllah Swt diatas kurniaannya yang memilih hambanya untuk menghadiri progam ini,saya terpanggil untuk menghadiri program ini yang mudah mudahan akan memberi implikasi yang baik bagi umat Islam.tajuk yang akan dibentangkan bagi konvensyen ini diantaranya adalah ,1) isu isu semasa 2) peranan pegawai kader sebagai agen dakwah 3) tranformasi pengurusan hal ehwal Islam 3) akidah ahli sunah wal jamaah 4)isu isu pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan hal ehwal Islam 5) sesidailog 6) ramah mesra bersama datuk ketua pengarah JAKIM.

Pada awal program ini diambil oleh ustaz Isa dari pembangunan insan ( jakim )yang memberi informasi bagaimana kader kader ini memainkan peranan didalam melaksanakan tanggungjawabnya. kader merupakan bintang dalam kegelapan yang akan bersinar dan memberi panduan kepada mereka yang bersamanya.mereka yang terpilih itu,adalah mereka yang yang sebenarnya dipilih oleh Allah untuk memeggang amanah Allah diatas Muka bumi ini.didalam ucapannya juga menyentuh tentang sifat yang sepatutnya ada pada seorang kader,kader harus menjadi luarbiasa daripada biasa didalam melayari kehidupan pada masa kini.

alhamdulilah banyak input yang diberikan walau bagaimana pun sejauh mana implikasinya akan saya hujjah setelah tamat program ini.

Isnin, 17 Oktober 2011

Peranan Penguatkuasaan Syariah Dalam Membendung Gejala Pembuangan Bayi. Tarikh : Mei 30, 2011 - 5:47pm Editor : mahfudzah    Oleh: Mahfudzah binti Mohamad (Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim)  

Masalah gejala sosial yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak berperikemanusiaan ini semakin popular di kalangan remaja.
 
 
Malah bagi tempoh empat bulan pertama tahun 2010, sejumlah 24 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ini menyamai trend membunuh tiga nyawa tidak berdosa bagi setiap dua minggu atau dengan kata lain, wujud 3 pembunuh atau pembuang senyap dalam setiap minggu.
 
 
Persoalannya, apakah punca utama masalah ini dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasinya? adakah peruntukan undang-undang berkaitan masih tidak mencukupi dan penguatkuasaannya masih longgar sehingga menyebabkan ‘pembuang senyap’ ini amat berani beraksi tanpa mengambil kira keadaan sekeliling? Atau adakah institusi kekeluargaan kini telah sampai kepada tahap kritikal sehingga keadaan anak perempuan mereka yang hamil ini langsung tidak disedari oleh ibu bapa dan penjaga?
 
 
Selain usaha menerapkan nilai-nilai agama dalam masyarakat khususnya di dalam institusi keluarga, tindakan penguatkuasaan terhadap jenayah buang bayi juga amat perlu ditingkatkan memandangkan gejala ini dilihat semakin menjadi-jadi. Bagi tindakan penguatkuasaan syariah pula, ia lebih kepada pencegahan kerana peruntukan kesalahan buang bayi atau menyembunyikan kelahiran tidak diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. Namun tindakan pencegahan inilah menjadi suatu perkara yang amat penting kerana ia melibatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, hamil luar nikah, persetubuhan luar nikah dan lain-lain kesalahan berkaitan.
 
Namun masyarakat sering kali mempersoal tindakan penguatkuasaan syariah yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa agama (PPA) ini. Segala macam tohmahan dilempar kepada PPA yang kononnya hanya ingin “menjaga tepi kain orang”. Apabila kes berjaya disabitkan dan hukuman dijatuhkan, timbul pula tohmahan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah bersifat menghina, kolot, menghalang kebebasan individu dan menjatuhkan maruah wanita khasnya bagi hukuman sebat syariah.
 
 
Falsafah hukuman jenayah dalam Islam dan matlamat hukuman dalam Enakmen Jenayah Syariah ialah untuk pencegahan, pembalasan terhadap perbuatan salah, ganti rugi dan pemulihan. Aspek pencegahan adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Pencegahan akan berhasil apabila timbul rasa takut di kalangan masyarakat terhadap hukuman yang dikenakan. Pencegahan seperti ini terdapat pada semua hukuman yang ditetapkan oleh Undang-Undang Islam. Ini kerana keseluruhan hukuman ini mengandungi unsur-unsur yang membuatkan masyarakat takut untuk menghadapinya.[1]
 
 
Manakala aspek pembalasan pula dinyatakan dengan tegas oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-Maidah ayat 38:
 
"السارق والسارقة فاقطعوا أيديهما جزاء بما كسبا نكالا من الله"
 
Maksudnya: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka telah lakukan.[2]
 
 
Hukuman yang berbentuk ganti rugi pula adalah hukuman yang yang dikenali sebagai hukuman diyat. Secara jelasnya ia terdapat dalam kes-kes pencerobohan yang dilakukan terhadap kepentingan orang lain. Ada juga hukuman yang diperuntukkan bertujuan sebagai pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah. Pelaksanaan hukuman terhadap pesalah diharap dapat mengembalikan pesalah berkenaan ke jalan kebenaran dan menjauhkannya dari kemaksiatan. Firman Allah s.w.t dalam Surah az-Zukhruf ayat 48:
 
"وأخذناهم بالعذاب لعلهم يرجعون"
 
Maksudnya: Dan kami timpakan ke atas mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.[3]
 
 
Dalam Akta/Enakmen/Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri telah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk membanteras kegiatan jenayah ini pada peringkat awal lagi. Contohnya peruntukan bagi kesalahan khalwat. Jika diteliti secara mendalam, khalwat merupakan faktor utama yang membawa kepada perzinaan[4]yang akhirnya membawa kepada gejala hamil luar nikah dan buang bayi. Maka di sinilah peranan penguatkuasaan syariah yang harus ‘menjaga tepi kain orang’ bagi membendung gejala sosial daripada terus berleluasa. Ini Kerana tindakan ‘menjaga tepi kain orang’ ini tidak menjadi suatu kesalahan dalam usaha membasmi gejala sosial, bahkan sikap seperti ini adalah sangat dituntut oleh Islam. Ibu bapa atau penjaga juga perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak dengan didikan agama bermula dari peringkat awal lagi kerana fitrah manusia khususnya remaja yang cepat terpengaruh oleh anasir luar yang merosakkan.         

kursus pengurusan jenazah: sejauhmana menilai keberkesanan

Assallammualaikum wbt...

alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana kita dapat bertemu kembali didalam arena penulisan, tajuk yang ingin kita bincangkan pada hari ini adalah kursus pengurusan jenazah sejauhmana keberkesananya.penulis tertarik untuk menulis artikel ini kerana melihat dan menyelami diri sendiri tentang keberkesananya, apakah ia boleh diaplikasikan apabila berlaku kematian..apakah kita mampu untuk menguruskannya? kalau tidak boleh kenapa? apakah tidak cukup ilmu yang diberikan oleh tenaga penceramah?atau kita tidak berani untuk melaksanakannya? kalau tidak berani kenapa? disinilah perlu kita bermuhasabah diri.siapakah sebenarnya diri kita.

teringat kembali sebuah hadits yang mashur yang mengatakan bahawa" sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat" sejauh mana niat kita mengikuti kursus tersebut benar benar kerana Allah swt.ilmu yang hendak dipelajari adalah untuk dikembalikan kepada Allah,menandakan bahawa kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba kepadaNya.apa yang kita lakukan adalah untuk agama kita,menjaga martabat agama agar tidak tercemar dari segala sangkaan buruk manusia.

mempelajari ilmu pengurusan jenazah walau pu ia adalah fardu kifayah, jangan ia dianggap sebagai enteng,apa yang sepatutnya berlaku adalah menggangap bahawa kita perlu mengetahui dan boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan kita, bayangkan sekiranya anak kita yang meninggal,sayangnya kita tidak tau mengkafankan, memerlukan bantuan oramg lain, lebih sedih lagi ketika menunaikan solat jenazah, kita memberikan hak imam tetsebut kepada orang lain,sedangkan kita adalah bapa, atau anak kepada jenazah tersebut..alangkah sedihnya disaat akhir kita tidak dapat berbakti untuk ayah dan ibu kita ..

tuan tuan sekalian,

sesautu perkara kalau kita berangapan ia adalah mudah maka Allah akan memudahkan kita,kalau kita mengangap ia tidak penting maka kita juga akan dapat seperti apa yang kita mintakan.oleh yang demikian berusahalah untuk menjadikan ilmu yang kita perolehi agar dapat dimanfaatkan oleh manusia.apa guna ilmu kalau ia tidak dapat dimanfaatkan orang lain ..,ibarat pokok yang tidak berbuah.

oleh yang demikian, berkesan atau tidak ia bergantung kepada kita,sejauhmana kita mengambil sesautu itu berharga atau tidak...