Semangat Perjuangan

Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Isnin, 23 Mei 2011

Kelesuan badan Agama menangani masalah .....

Tertarik dengan isu ini,membuatkan penulis ingin melontarkan buah pandangan terhadap peranan badan Agama khusunya yang diberikan amanah oleh rakyat,1968 persidangan raja raja melayu ketika itu telah mengambil keputusan agar dibina satu organisasi yang menjaga hal ehwal agama Islam dan kini dikenali sebagai JAKIM, ditambah kekuataan diperingkat negeri yang dibawah raja-raja negeri iaitu Jabatan agama Islam.bagi pandangan penulis penubuhan jabatan ini memang amat penting sekali bagi menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan Islam.dan yang bukan Islam tapi sejauh mana ia berperan ? Inilah yang harus diperbincangkan.melihat pada siuasi sekarang,badan yang telah ditubuhkan harus memainkan lebih peranannnya,badan ini harus bebas dari pengaruh politik,harus bertegas dalam membuat keputusan dan bukannya takut untuk mengkritik.yang benar harus diperjuangka dan yang salah tetap salah.penulis amat terkilan apabila lembaga ini tidak mempunyai daya saing,sepi membisu apabila ia berkaitan dengan isu2 yang berkaitan dengan kerajaan,penulis amat terkilan apabila ada individu yang seagama diaibkan kpd seluruh masyarakat,ini bukan ajaran Islam dan sewajibnya perkara ini tidak terjadi dalam negara yang mengatakan ia adalah sebuah negara Islam.dimanakah peranan lembaga yang telah diamanahan tamggungawabnya? Dalam hal ini, penulis tidak menytokong mana -mana pihak akan tetapi penulis mereka yang berada diluar memohon agar badan ini memainkan peranannya utk menjaga kedaulatan Islam.kedamaian yang berada didalamnya,keselamatan bagi pengikutnya.kerana saban hari semakin banyak konflik yang berlaku diantara umat Islam . sehingga mengakibatkan fitnah memfitnah,menggangu kententeraman sosial dan sebagainya.disinilah tanggungjawab badan agama didalam menasihati atau memberikan tekan kepada mereka yang cuba mempersendakan hukum2 Islam.tidak cukup dengan itu gerakan yang disusun oleh badan agama nampaknya kurang berkesan,ini dpt dilihat dengan penglibatan ank muda dlm kancah kemaksiatan,pergaulan bebas contohya di show artis2 yg dianjurkan oleh bdn2 tertentu. Dulu sure heboh diharamkan,ttp jum heboh dhalalkan,ini nmpknya mpersendakan keputusan yg telah dilakukan,kes pembuangan bayi,dadah dan sebagainya yg saban hari meningkat.mmg tdk dapat tidak kita tdk boleh mylhkan 100 % pada badan ini,bagi jabatan agaaa Islam negeri,rajin2lah turun padang..masjid-masid lesu,tiada pengimarahan.berilah didikan kpd mereka yang menguruskan masjid dikampung,bantu mereka,bimbing mereka,lihat mereka dan bukannya hanya memberikan ceramah dan membiarkan mereka berjalan sendiri.sayang seribu kali sayang matlamatnya sudah jelas tetapi perlaksanaanya bercelaru,Masjid hanya sebatas simbol ... Penulis amat terkilan,dengan situasi ini..,marilah kita buang yang keruh ambil yang jernih,buangkan sifat mazmumah dan kembalilah kejalannya.marilah kita berjuang habis habisan demi mendaulatkan Islam dinegara Malaysia agar menjadi contoh kepada yang lain,penulis tidak berniat utk mengkritik tetapi sekadar menegur mudah-mudahan akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..

Mengorbankan rakyat satu penzaliman

Penulis juga tertarik dengan isu terkini tentang kenaikan harga barang,kenaikan minyak dan yang lain-lain yang hanya akan membenai 27 juta rakyat di Malaysia,subsidi juga diumpamakan seperti candu,yang harus dikurangkan sedikit demi sedikit,pelik tapi benar.bagi pandangan penulis terhadap isu ini,penulis rasa tidak wajar untuk kerajaan berbuat demikian, sistem yang dibina oleh kerajaan selama ini tidak berhasil sehingga masyarakat masih memerlukan bantuan dari kerajaan,apa yang dibina hanya mengisi segelintir poket -poket bagi yang bijakasa mengampu.mungkin bagi pak menteri ia biasa biasa sahaja kerana eknominya sudah dibina,tapi bagai mana pula kesediaan rakyat? Yang tidak terbela...apa nasib kakitangan kerajaan? Apakah keseimbangan ekonomi dan taraf hidupnya sama? Rata yang mengeluh dahlah pendapatannya rendah,makan pagi kais pagi makan petang kais petang, janganlah kita bicara pegawai yang tinggi tp berbicara tentang kakitangan yang jumlahnya lbh besar dari pegawai atasan,kita beralih pula pada masyarakat yang bekerja swasta,kilang atau sebagainya..kemudaahan yg lbh terhad..,jgn kita lihat kpd yang mjawat jawatan tinggu tp lihatlah yg bekerja sebagaioperator berapakah gaji yang diperolehi,sbb itulah mereka menyuarakan agar ada satu jalan penyelesaian,meletakkan gaji yang selaras dan sebagainya,lihat pula nasib orang-orang kampung yang kononnya adalah orang kaya yang mempunyai kebun beratus ekar,harus diteliti kata 2 tersebut..kesian orang kampung,yang ada tanah hanya segelintir,yang ada pun terpaksa mengharapkan anak-anak,tu pun kalau anak-anak ingat.. Apakah yang membantu ekonomi mereka? Ermm mungkin pak menteri kata kita tlh melancarkan satu kampung satu produk..pak menteri pernahkah melihat tentang keberhasilannya sexara menyeluruh,apakah ia membantu keseluruham masyarakat atau hanya utk individu yang terpilih,sedangkan mereka ini menyumbang kepada kemenangan kepada kerajaan yang ada.mereka kini dikambimng hitamkan.mereka ini dikorbankan.pendapat penulis ini adalah tidak wajar.apakah ini hadiah dari kepimpinan? Penulis berpendapat seharusnya barisan kepimpinan harus bijak dlm mcari pyelesaian,dan bukan mcari penyelesaian dgn cara mudah.rakyat semakin bijak dan berintelek,mgetahui isu2 terkini...janganlh menzalimi rakyat,kerna anda dipilih melalui rakyat..

Kelulusan Luarnegara 3.00 keatas baru diiktiraf kerajaan Malaysia

Penulis rasa tertarik untuk membicarakan tentang pengiktirafan JPA terhadap kelulusan mahasiswa/i diluarnegara yg wajib utk mdptkan 3.00 keatas, bagi penulis ini adalah sangat menekan mahasiswa dan tidak bersifat adil terhadap mahasiswa/i yang menuntut ilmu diluuarnegara.persoalannya kenapa tidak kerajaan menyamaratakan syarat tersebut diseluruh universiti dimalaysia termasuk swasta?apakah kerajaan memandang lemah atau memperlekehkan universiti diluar negara? Pendapat penulis kerajaan harus bersifat bijaksana dalam menetapkan syarat ,agar ia tidak membebankan rakyat dan mahasiswa/i.sudah tiba masanya kerajaan harus bertindak secara profesional,bukan hanya bijak untuk berslogan semata-mata tetapi harus membuktikan bahawa ia bebar-benar layak untuk memimpin kerajaan,kepincangan perlu diperbaiki dengan segera,dan bukannya membuat peraturan atau syarat untuk menjaga kedudukan masing-masing.

Politik yang semakin menjijikan

Dewasa ini,politik tanah air sering dihujani dengan berita-berita yang tidak sepatutnya,fitnah-memfitnah sudah mula mendarah daging dalam diri kita,Syaitan sudah mula bertenggek dibahu-bahu manusia,agama sekadar alat tempelan yang tidak bisa menjadi petunjuk,penyinar hidup.penulis amat rasa kecewa apabila keaiban satu agama dibuka untuk tatapan masyarakat,ank kecil hingga ketua disajikan sesautu hidangan yg amat menjijikan,demi sesautu agenda yg tersebunyi.Di lihat oleh penulis rata2 mrk mempunyai pendidikan,mempunyai ilmu pengetahuan,tp syg ilmu tdk digunakan,hnya nafsu yg diikutan,apakah ini juga disebabkan sistem pendidikan yg kurang berkesan..? Atau ada sebab yang lain..bagi penulis,penulis memohon agar dihentikan cara2 kotor dlm politik,fitnah memfitah,pengaiban dan sebagainya..kembalilah caraIslam,junjungilah alQuran dan sunnah.bagi masyarakat awam jgnlh kita terikut ikut dgn budaya yg tidak sehat,jagalh amanah dengan sebaiknya,jagalah akhlak dgn sbaiknya dan yg terpenting jagalh akidah kita dengan sebaiknya.Mudah mudahan kita sentiasa dilindungi Allah SWT.keamanan yg terjaga,kedamaian tercipta menjadi ummah yg terbaik dan tauladan spt yg telah digambarkan alQuran.